![]() |
|
|
|
Sejarah Perkembangan SJK (C) Kota Tampan, Lenggong |
|
|
|
Sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1936 dengan namanya Sekolah Rendah Wah Chew. Pada
masa itu, bangunan sekolah ialah sebuah kedai yang buruk. Ada seorang guru
dan dua puluh orang murid. Perbelanjaan pentadbiran sekolah bergantung pada
derma-derma daripada Pengerusi Lembaga Sekolah Mendiang Tan Kim Poh dan
ahli-ahli jawatankuasa mendiang Leong Yew dan mendiang Chai Yew Hong. Pada tahun 1952, Kampung Baru Kota Tampan ditubuhkan. Sekolah Rendah Wah Chew pun dipindah masuk ke dalam kampung ini dan namanya pula diubah menjadi Sekolah Rendah Kota Tampan. Pada masa itu, sebuah rumah papan telah digunakan untuk menjadi bilik darjah. Akibat bilangan murid bertambah dengan pesat. Pada tahun 1955, kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Dalam tahun 1962, dengan sokongan Ahli-ahli majlis Tempatan dan bekas Menteri Besar Perak Dato Sri Ahmad bin Said, sekolah ini telah mendapat bantuan sebanyak RM4,500.00 dari Jabatan Sosial Welfare untuk membeli alat-alat, memperbaiki bangunan sekolah dan mempagar kawasan sekolah. Pada tahun 1963,Jabatan Sosial Welfare sekali lagi meluluskan bantuan sebanyak RM5,000.00 untuk membina sebuah bangunan mengandungi 3 unit rumah guru-guru. Pada tahun 1965, Menteri Pelajaran Malaysia Encik Khir Johari telah meluluskan bantuan sebanyak RM7,000.00 untuk membina dua buah bilik darjah dan sebuah tandas. Selepas siap membina bangunan bilik darjah, Encik Khir Johari dijemput merasmikannya. Itulah kali yang pertama seorang Menteri Pelajaran datang ke kampung ini. Dalam rancangan Malaysia ketiga pada tahun 1978, Kerajaan Malaysia telah meluluskan bantuan untuk membina dua buah lagi bilik darjah untuk sekolah bagi menempatkan bilangan tambahan murid-murid sekolah ini. Pada akhir tahun 1984, sekolah ini dapat peruntukan wang sebanyak RM15,558.00 dari Jabatan Pelajaran Perak untuk penyelenggaraan bangunan sekolah. Dengan peruntukan tersebut, bangunan-bangunan sekolah telah dibaiki dan dicat semula. Kawasan sekolah pun dibuat pagar. Keadaan sekolah bertambah baik dan selesa untuk pembelajaran murid-murid. Pada 1994, kerajaan memberi peruntukan untuk membuat “wayaring” dan membina benteng menghalang kubur India. Pada tahun 1995, sekolah mendapat peruntukan daripada JPN untuk membaiki pulih bilik muzik dan menjadikan bangunan itu sebagai makmal sains sekolah. Pada tahun 1998, kemudahan komputer telah disediakan dengan sokongan dan derma daripada pihak orang ramai dan projek menderma konsert penyanyi tempatan. Datuk Ong Ka Chuan telah merasmikan majlis tersebut dan sekolah telah bertambah sebuah bilik computer dengan 20 buah computer. Pada tahun 2005,schoolnet telah dipasang di sekolah.Pada tahun 2006, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan 5 buah komputer baru ke sekolah.Sekolah akan menjejaki ke dunia teknologi dan komunikasi yang terkini memandangkan kemudahan internet telah dilengkapi di sekolah ini. |