Selamat Bertemu lagi di SJK (C) Kota Tampan...      

           Saya merakamkan terima kasih kerana membuka peluang pertama kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Laman Web SJK (c) Kota Tampan, 33400 Lenggong ,Perak.

          
Pembangunan Laman Web memerlukan komitmen dan kerjasama yang jitu daripada pelbagai pihak. Kejayaan ini ialah satu kejayaan bersama hasil perancangan yang teliti dan kesungguhan mengumpulkan maklumat. Tanpa semangat yang membara dan komitmen yang jitu, sudah tentu usaha ini tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, daya gerak yang positif ini perlulah diteruskan pada masa hadapan.

          Justeru itu, saya berharap agar pelajar dan guru-guru sentiasa bersedia dan berusaha mencapai kemajuan dalam diri masing-masing. Untuk maju, perlulah berubah daripada yang lama kepada yang baru.
   
          Akhir kata, semoga sekolah ini sentiasa berada di ambang kejayaan dan kegemilangan.

          Sekian, terima kasih.